Friday by SifuContentEnglish

Perjanjian Program Rujukan (Affiliate Agreement) — SifuContent Skills

Versi Bahasa Malaysia adalah versi utama. Versi Bahasa Inggeris disediakan untuk rujukan; jika bercanggah, versi BM terpakai. / The Bahasa Malaysia version prevails; the English version is provided for reference.


BAHAGIAN A — BAHASA MALAYSIA

1. Definisi

2. Kelayakan

2.1 Anda mesti pelanggan SifuContent Skills yang aktif (langganan berbayar) semasa memohon dan sepanjang penyertaan.

2.2 Program ini terhad kepada warganegara/pemastautin Malaysia sahaja. Anda mesti berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai akaun bank / DuitNow di Malaysia untuk menerima bayaran. Permohonan daripada bukan warganegara/pemastautin Malaysia akan ditolak.

2.3 Permohonan tertakluk kepada kelulusan Kami. Kami boleh menolak permohonan tanpa memberi sebab.

2.4 Jika langganan Anda tamat, status affiliate Anda DIGANTUNG (bukan ditamatkan) — tiada komisen terakru semasa digantung — dan layak disambung semula secara automatik sebaik langganan aktif semula.

3. Komisen

3.1 Kadar: 30% recurring seumur hayat langganan Pelanggan Dirujuk:

PelanKomisen
Tahunan RM190RM57 setiap pembaharuan tahunan
Bulanan RM49RM14.70 setiap bayaran bulanan, tiada had
Founding RM19Tiada komisen langsung

3.2 Komisen dikira atas jumlah sebenar dibayar (selepas diskaun/prorata), bukan harga senarai.

3.3 Komisen direkodkan selepas Bayaran Layak berjaya, tetapi hanya menjadi boleh dibayar setelah invois asalnya berumur sekurang-kurangnya 14 hari (Tempoh Tahanan). Komisen dalam Tempoh Tahanan tidak boleh dibayar dan tertakluk kepada Clawback (Fasal 4).

3.4 Tiada komisen untuk:

(a) rujukan diri sendiri (akaun, emel atau kad pembayaran yang sama/berkaitan dengan Anda);

(b) Pelanggan Dirujuk yang melanggan semula selepas membatalkan langganan;

(c) apa-apa bayaran yang berlaku semasa akaun affiliate Anda digantung — komisen ini tidak dikreditkan kemudian;

(d) bayaran di luar Tempoh Atribusi, atau bayaran bernilai RM0.

3.5 Pembatalan langganan oleh Pelanggan Dirujuk menghentikan komisen akan datang tetapi tidak menarik balik komisen yang sudah diperoleh.

4. Clawback

4.1 Jika Bayaran Layak di-refund (lihat polisi refund dalam Terma Perkhidmatan), Komisen berkaitan ditolak daripada baki/bayaran Anda akan datang, pada kadar asal yang direkodkan.

4.2 Jika pelanggan membuat pertikaian (chargeback), Komisen ditolak serta-merta sebaik pertikaian dibuka. Potongan dibatalkan hanya jika Kami menang pertikaian tersebut.

4.3 Jika baki Anda negatif, ia dibawa ke hadapan dan ditolak daripada Komisen akan datang. Jika Perjanjian ini ditamatkan semasa baki masih negatif, baki tersebut kekal sebagai hutang Anda kepada Kami dan boleh ditolak (set-off) daripada apa-apa jumlah lain yang kami terhutang kepada Anda.

5. Bayaran

5.1 Bayaran dibuat secara manual, sebulan sekali, melalui pindahan bank / DuitNow ke akaun atas nama Anda.

5.2 Tiada minimum bayaran. Semua Komisen yang telah melepasi Tempoh Tahanan dibayar dalam kitaran bayaran bulanan berikutnya, walau berapa pun jumlahnya.

5.3 Kitaran bayaran: cut-off pada hari terakhir setiap bulan; Komisen yang telah melepasi Tempoh Tahanan 14 hari pada tarikh cut-off dimasukkan dalam bayaran, dibuat menjelang 15hb bulan berikutnya. Komisen yang belum melepasi Tempoh Tahanan dibawa ke kitaran seterusnya.

5.4 Anda bertanggungjawab memastikan butiran bank tepat. Kami tidak bertanggungjawab atas bayaran ke butiran salah yang Anda berikan.

5.5 Bayaran pertama hanya dibuat selepas Anda melengkapkan maklumat bayaran dan cukai dalam dashboard (Fasal 13.3). Sehingga maklumat lengkap, Komisen yang boleh dibayar ditahan dan kekal dalam baki Anda — ia tidak terlucut hak kerana kelewatan ini.

6. Kaedah Promosi — Wajib & Dilarang

6.1 Anda WAJIB:

(a) mendedahkan hubungan affiliate dengan jelas setiap kali Anda berkongsi Link Rujukan atau mempromosi produk — dalam bahasa mudah, di bahagian yang mudah dilihat (bukan tersorok di hujung, dalam hashtag sahaja, atau di sebalik "baca lagi"), sebelum atau bersama Link Rujukan. Contoh ayat yang mencukupi: "Saya affiliate SifuContent Skills — saya dapat komisen jika anda melanggan melalui link ini, tanpa kos tambahan kepada anda." Bagi video/siaran langsung, dedahkan secara lisan atau dalam teks pada skrin;

(b) menyatakan harga dan ciri produk dengan tepat, mengikut maklumat rasmi di laman Kami pada masa promosi;

(c) mematuhi undang-undang Malaysia yang terpakai (termasuk Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010) serta polisi platform yang Anda guna (contoh: polisi kandungan berjenama Meta).

6.2 Anda TIDAK BOLEH:

(a) membuat atau mengedar kod diskaun/kupon, atau menjanjikan diskaun — Program ini tiada diskaun;

(b) membida iklan carian atas jenama "SifuContent", "SifuContent Skills", "Friday" atau variasinya (brand bidding);

(c) menyiarkan Link Rujukan di laman kupon/deal/cashback;

(d) membuat tuntutan pendapatan yang mengelirukan atau jaminan hasil, sama ada tentang Program atau produk — termasuk angka pendapatan, komisen atau jualan (contoh: "buat RM10k sebulan"), atau gambaran bahawa hasil tertentu adalah biasa atau pasti;

(e) membuat tuntutan palsu atau mengelirukan tentang ciri, harga atau keupayaan produk;

(f) spam (emel/WhatsApp/DM tanpa kebenaran), cookie stuffing, klik palsu atau trafik automatik;

(g) menyamar sebagai Kami atau memberi gambaran Anda pekerja/wakil rasmi Kami;

(h) membuat perjanjian sampingan, kadar khas atau janji peribadi dengan pelanggan atas nama Kami.

6.3 Kami menggalakkan penggunaan kit bahan pemasaran yang diluluskan, yang disediakan dalam tab Affiliate di dashboard. Kami boleh meminta Anda membetulkan atau menurunkan kandungan yang tidak mematuhi Fasal 6, dan Anda hendaklah berbuat demikian dalam masa 3 hari bekerja.

7. Lesen Jenama & Harta Intelek

7.1 Kami memberi Anda lesen terhad, tidak eksklusif, boleh ditarik balik untuk menggunakan nama dan logo SifuContent Skills hanya untuk mempromosi Program mengikut Perjanjian ini.

7.2 Anda tidak boleh mengubah logo, mendaftar domain/akaun sosial yang mengandungi jenama Kami, atau menyalin kandungan skill/playbook.

7.3 Semua hak harta intelek kekal milik Kami. Lesen tamat serta-merta bila Perjanjian tamat.

8. Data & Privasi

8.1 Anda tidak akan menerima data peribadi Pelanggan Dirujuk (nama, emel, telefon, penggunaan). Dashboard hanya memaparkan rujukan pseudonim, tarikh daftar, jenis pelan, status dan jumlah komisen.

8.2 Anda tidak boleh cuba mengenal pasti Pelanggan Dirujuk daripada data tersebut.

8.3 Jika Anda mengumpul data peribadi sendiri semasa mempromosi (contoh: senarai emel), Anda bertanggungjawab sepenuhnya mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

8.4 Data Anda sebagai affiliate diproses menurut Polisi Privasi Kami.

9. Kerahsiaan

Maklumat bukan awam yang Anda terima (kadar khas, data prestasi, rancangan produk) adalah sulit dan tidak boleh didedahkan, semasa dan selepas Perjanjian ini.

10. Tanggung Rugi (Indemniti)

Anda bersetuju menanggung rugi dan melindungi Kami daripada sebarang tuntutan, denda, kerugian atau kos (termasuk kos guaman munasabah) yang timbul daripada kandungan promosi, tuntutan, atau pelanggaran undang-undang oleh Anda — termasuk tuntutan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 berkenaan iklan palsu atau mengelirukan yang Anda buat.

11. Had Liabiliti

Setakat yang dibenarkan undang-undang, liabiliti Kami kepada Anda di bawah Perjanjian ini terhad kepada Komisen yang belum dibayar dan sah terhutang. Had ini tidak terpakai kepada liabiliti yang tidak boleh dihadkan di sisi undang-undang (contoh: penipuan). Kami tidak menjamin sebarang pendapatan daripada Program.

12. Penggantungan & Penamatan

12.1 Kami boleh menggantung akaun affiliate Anda semasa siasatan kemungkinan pelanggaran, dengan memaklumkan sebabnya kepada Anda. Siasatan akan diselesaikan dalam tempoh munasabah, tidak melebihi 30 hari. Semasa digantung, Anda tidak memperoleh komisen (Fasal 3.4(c)); namun jika siasatan mendapati tiada pelanggaran, akaun Anda disambung semula dan Kami akan mengkreditkan Komisen bagi Bayaran Layak yang berlaku semasa penggantungan siasatan itu.

12.2 Kami boleh menamatkan penyertaan Anda serta-merta melalui notis bertulis atas pelanggaran material Fasal 6, penipuan, atau rujukan diri. Dalam kes ini, hanya Komisen yang diperoleh melalui atau berkaitan pelanggaran/penipuan tersebut terlucut hak. Komisen sah lain yang tidak berkaitan dengan pelanggaran tetap dibayar menurut Fasal 12.5, tertakluk kepada Clawback dan hak Kami menolak (set-off) kerugian sebenar yang terbukti akibat pelanggaran tersebut.

12.3 Mana-mana pihak boleh menamatkan Perjanjian dengan notis bertulis 14 hari (emel mencukupi). Bagi penamatan tanpa salah laku, Komisen sah yang terakru sebelum tarikh penamatan dibayar menurut Fasal 12.5; tiada Komisen recurring lanjut selepas tarikh penamatan berkuat kuasa.

12.4 Kami boleh menamatkan Program pada bila-bila masa dengan notis 30 hari. Komisen sah yang terakru sebelum tarikh Program tamat dibayar menurut Fasal 12.5.

12.5 Penyelesaian akhir: selepas penamatan (selain Komisen yang terlucut di bawah Fasal 12.2), Komisen sah yang terakru dibayar pada kitaran bayaran biasa selepas Tempoh Tahanan 14 hari tamat, tertakluk kepada Clawback, dengan syarat maklumat bayaran dan cukai Anda lengkap.

13. Cukai

13.1 Anda adalah kontraktor bebas, bukan pekerja, rakan kongsi atau ejen Kami.

13.2 Anda bertanggungjawab sepenuhnya atas cukai pendapatan Anda sendiri, termasuk mengisytiharkan Komisen dalam borang nyata cukai tahunan Anda kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) dan apa-apa pendaftaran atau cukai lain yang terpakai kepada Anda.

13.3 Maklumat cukai & bayaran. Sebelum bayaran pertama, Anda hendaklah memberi: nama penuh seperti dalam kad pengenalan (atau nama perniagaan berdaftar), No. Kad Pengenalan (atau No. pendaftaran SSM), Nombor Pengenalan Cukai (TIN) LHDN, alamat, dan butiran akaun bank/DuitNow atas nama Anda. Maklumat ini diperlukan untuk membuat bayaran dan mematuhi kewajipan cukai Kami; ia diproses menurut Polisi Privasi Kami. Anda hendaklah memaklumkan sebarang perubahan dengan segera.

13.4 Borang CP58. Jika dikehendaki di bawah seksyen 83A Akta Cukai Pendapatan 1967, Kami akan menyediakan Borang CP58 (penyata bayaran insentif kepada ejen, pengedar atau pengagih) kepada Anda bagi setiap tahun kalendar dalam tempoh yang ditetapkan oleh LHDN, berdasarkan jumlah Komisen yang dibayar kepada Anda dalam tahun tersebut.

13.5 Cukai pegangan (seksyen 107D). Jika undang-undang menghendaki Kami memotong cukai daripada bayaran kepada Anda — termasuk di bawah seksyen 107D Akta Cukai Pendapatan 1967 (pada masa ini 2% daripada bayaran tunai kepada ejen, pengedar atau pengagih individu pemastautin yang menerima lebih RM100,000 daripada pembayar dalam tahun taksiran sebelumnya) — Kami akan memotong amaun tersebut, meremitkannya kepada LHDN dalam tempoh yang ditetapkan, dan memaklumkannya kepada Anda. Amaun yang dipotong dan diremit dianggap telah dibayar kepada Anda, dan Anda boleh menuntutnya sebagai kredit terhadap cukai Anda menurut undang-undang. Semua amaun Komisen dalam Perjanjian ini adalah amaun kasar sebelum potongan yang dikehendaki undang-undang.

13.6 e-Invois. Jika e-Invois diperlukan bagi bayaran Komisen di bawah keperluan e-Invois LHDN yang terpakai, Anda bersetuju bahawa Kami boleh mengeluarkan e-Invois kendiri (self-billed e-Invoice) bagi pihak Anda menggunakan maklumat dalam Fasal 13.3, dan Anda tidak perlu mengeluarkan invois berasingan kepada Kami. Jika Anda sendiri dikehendaki mengeluarkan e-Invois, Kami akan memaklumkan Anda dan bayaran berkaitan boleh ditangguhkan sehingga e-Invois yang sah diterima (Komisen kekal dalam baki Anda dan tidak terlucut).

13.7 Anda bersetuju Kami boleh mendedahkan maklumat dalam Fasal 13.3 dan rekod Komisen kepada LHDN setakat yang dikehendaki undang-undang. Kami menyimpan rekod bayaran, Komisen dan cukai selama 7 tahun dari akhir tahun ia berkaitan, menurut seksyen 82 Akta Cukai Pendapatan 1967.

14. Pindaan

14.1 Kami boleh meminda Perjanjian ini. Setiap versi mempunyai terms_version. Pindaan material akan dimaklumkan melalui dashboard/emel sekurang-kurangnya 14 hari sebelum berkuat kuasa. Pindaan tidak mengurangkan Komisen yang telah terakru sebelum tarikh berkuat kuasa pindaan.

14.2 Jika Anda tidak bersetuju dengan pindaan, Anda boleh menamatkan penyertaan pada bila-bila masa sebelum tarikh berkuat kuasa melalui notis bertulis (tanpa perlu menunggu tempoh notis 14 hari dalam Fasal 12.3), dan Komisen sah yang terakru dibayar menurut Fasal 12.5. Meneruskan penyertaan selepas tarikh berkuat kuasa bermaksud penerimaan. Kami juga boleh meminta Anda menerima versi baharu dalam dashboard untuk terus memperoleh komisen.

14.3 Pindaan yang hanya memberi manfaat kepada Anda (contoh: Tempoh Tahanan lebih pendek, kadar Komisen lebih tinggi atau syarat bayaran yang lebih longgar) boleh berkuat kuasa serta-merta tanpa notis 14 hari dan terpakai kepada semua affiliate, termasuk yang menerima versi terdahulu.

15. Penerimaan

Anda menerima Perjanjian ini dengan menanda kotak persetujuan dalam dashboard dan menekan "Mohon jadi Affiliate". Kami merekodkan terms_version, tarikh dan masa penerimaan. Kontrak elektronik ini sah menurut Akta Perdagangan Elektronik 2006.

16. Undang-undang Terpakai

Perjanjian ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia. Pertikaian cuba diselesaikan secara baik dahulu; jika gagal, tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia. Jika versi BM dan English berbeza maksud, versi BM diguna pakai.

17. Am

Tiada perkongsian, usaha sama atau hubungan pekerjaan diwujudkan. Anda tidak boleh memindahkan Perjanjian ini. Jika mana-mana fasal tidak sah, fasal lain kekal berkuat kuasa. Perjanjian ini adalah keseluruhan persetujuan berkenaan Program.


PART B — ENGLISH

1. Definitions

2. Eligibility

2.1 You must be an active (paying) SifuContent Skills subscriber when applying and throughout participation.

2.2 This Programme is limited to Malaysian citizens/residents only. You must be 18+ and hold a Malaysian bank / DuitNow account to receive payouts. Applications from non-Malaysian citizens/residents will be rejected.

2.3 Applications are subject to Our approval; We may decline without giving reasons.

2.4 If Your subscription ends, Your affiliate status is SUSPENDED (not terminated) — no commission accrues while suspended — and You automatically become eligible for reinstatement once Your subscription is active again.

3. Commission

3.1 Rate: 30% recurring for the life of the Referred Customer's subscription:

PlanCommission
Annual RM190RM57 on every annual renewal
Monthly RM49RM14.70 on every monthly payment, no cap
Founding RM19No commission, ever

3.2 Commission is calculated on the amount actually paid (after discounts/proration), not list price.

3.3 Commission is recorded after a successful Qualifying Payment, but only becomes payable once the originating invoice is at least 14 days old (Holding Period). Commission within the Holding Period is not payable and remains subject to Clawback (Clause 4).

3.4 No commission is earned on:

(a) self-referrals (same or linked account, email or payment card);

(b) a Referred Customer who resubscribes after cancelling;

(c) any payment made while Your affiliate account is suspended — this is not credited later;

(d) payments outside the Attribution Window, or RM0 payments.

3.5 A Referred Customer's cancellation stops future commission but does not reverse commission already earned.

4. Clawback

4.1 If a Qualifying Payment is refunded (see the refund policy in the Terms of Service), the related Commission is deducted from Your balance/future payouts at the original recorded rate.

4.2 If the customer files a dispute (chargeback), the Commission is deducted immediately when the dispute opens. The deduction is reversed only if We win the dispute.

4.3 A negative balance carries forward and is offset against future Commission. If this Agreement is terminated while a negative balance remains, that balance remains a debt owed by You to Us and may be set off against any other amount We owe You.

5. Payouts

5.1 Payouts are made manually, once a month, by bank transfer / DuitNow to an account in Your name.

5.2 No minimum payout. All Commission that has passed the Holding Period is paid in the next monthly payout cycle, whatever the amount.

5.3 Payout cycle: cut-off on the last day of each month; Commission that has passed the 14-day Holding Period by the cut-off date is included in the payout, made by the 15th of the following month. Commission still within the Holding Period rolls to the next cycle.

5.4 You are responsible for correct bank details; We are not liable for payouts sent to wrong details You supplied.

5.5 The first payout is made only after You complete Your payout and tax details in the dashboard (Clause 13.3). Until then, payable Commission is held and remains in Your balance — it is not forfeited because of this delay.

6. Promotion Methods — Required & Prohibited

6.1 You MUST:

(a) clearly disclose the affiliate relationship every time You share a Referral Link or promote the product — in plain language, in a prominent place (not buried at the end, only in a hashtag, or behind "read more"), before or together with the Referral Link. An example of sufficient wording: "I am a SifuContent Skills affiliate — I earn a commission if you subscribe through this link, at no extra cost to you." For video/livestreams, disclose verbally or in on-screen text;

(b) state product pricing and features accurately, according to the official information on Our site at the time of promotion;

(c) comply with applicable Malaysian law (including the Consumer Protection Act 1999 and the Personal Data Protection Act 2010) and the policies of the platforms You use (e.g. Meta's branded content policies).

6.2 You must NOT:

(a) create or distribute discount/coupon codes, or promise discounts — this Programme has no discounts;

(b) bid on search ads for "SifuContent", "SifuContent Skills", "Friday" or variants (brand bidding);

(c) post Referral Links on coupon/deal/cashback sites;

(d) make misleading income claims or guarantee results, about the Programme or the product — including income, commission or sales figures (e.g. "make RM10k a month"), or implying that any particular result is typical or certain;

(e) make false or misleading claims about product features, pricing or capabilities;

(f) spam (unsolicited email/WhatsApp/DM), cookie-stuff, generate fake clicks or automated traffic;

(g) impersonate Us or imply You are Our employee/official representative;

(h) make side deals, special rates or personal promises to customers on Our behalf.

6.3 We encourage use of the approved marketing kit, which is provided in the Affiliate tab of the dashboard. We may ask You to correct or remove content that does not comply with Clause 6, and You must do so within 3 business days.

7. Brand Licence & IP

7.1 We grant You a limited, non-exclusive, revocable licence to use the SifuContent Skills name and logo only to promote the Programme under this Agreement.

7.2 You may not alter the logo, register domains/social handles containing Our brand, or copy skill/playbook content.

7.3 All IP remains Ours. The licence ends immediately on termination.

8. Data & Privacy

8.1 You will not receive Referred Customers' personal data (name, email, phone, usage). The dashboard shows only pseudonymous references, signup date, plan type, status and commission amount.

8.2 You must not attempt to identify Referred Customers from that data.

8.3 If You collect personal data yourself while promoting (e.g. an email list), You alone are responsible for complying with the Personal Data Protection Act 2010.

8.4 Your data as an affiliate is processed under Our Privacy Policy.

9. Confidentiality

Non-public information You receive (special rates, performance data, product plans) is confidential and must not be disclosed, during and after this Agreement.

10. Indemnity

You agree to indemnify and hold Us harmless from any claims, fines, losses or costs (including reasonable legal fees) arising from Your promotional content, claims or legal breaches — including claims under the Consumer Protection Act 1999 relating to false or misleading advertising made by You.

11. Limitation of Liability

To the extent permitted by law, Our liability to You under this Agreement is limited to validly owed, unpaid Commission. This limit does not apply to liability that cannot be limited by law (e.g. fraud). We do not guarantee any earnings from the Programme.

12. Suspension & Termination

12.1 We may suspend Your affiliate account while investigating a possible breach, telling You the reason. The investigation will be completed within a reasonable time, not exceeding 30 days. While suspended, You earn no commission (Clause 3.4(c)); however, if the investigation finds no breach, Your account is reinstated and We will credit Commission on Qualifying Payments made during that investigation suspension.

12.2 We may terminate Your participation immediately by written notice for material breach of Clause 6, fraud or self-referral. In that case, only Commission earned through or related to that breach/fraud is forfeited. Other valid Commission unrelated to the breach is still paid under Clause 12.5, subject to Clawback and Our right to set off actual, proven losses caused by the breach.

12.3 Either party may terminate with 14 days' written notice (email is sufficient). For no-fault termination, valid Commission accrued before the termination date is paid under Clause 12.5; no further recurring Commission accrues after the termination date takes effect.

12.4 We may end the Programme at any time with 30 days' notice. Valid Commission accrued before the Programme ends is paid under Clause 12.5.

12.5 Final settlement: after termination (other than Commission forfeited under Clause 12.2), valid accrued Commission is paid in the normal payout cycle once its 14-day Holding Period ends, subject to Clawback, provided Your payout and tax details are complete.

13. Tax

13.1 You are an independent contractor, not Our employee, partner or agent.

13.2 You are solely responsible for Your own income tax, including declaring Commission in Your annual tax return to the Inland Revenue Board of Malaysia (LHDN) and any other registration or tax that applies to You.

13.3 Tax & payout details. Before the first payout, You must provide: full name as per identity card (or registered business name), identity card No. (or SSM registration No.), LHDN Tax Identification Number (TIN), address, and bank/DuitNow account details in Your name. These details are required to make payouts and to meet Our tax obligations; they are processed under Our Privacy Policy. You must notify Us of any change promptly.

13.4 Form CP58. Where required under section 83A of the Income Tax Act 1967, We will provide You with Form CP58 (statement of incentive payments to agents, dealers or distributors) for each calendar year within the period set by LHDN, based on the Commission paid to You in that year.

13.5 Withholding tax (section 107D). Where the law requires Us to deduct tax from payments to You — including under section 107D of the Income Tax Act 1967 (currently 2% of cash payments to a resident individual agent, dealer or distributor who received more than RM100,000 from the payer in the preceding year of assessment) — We will deduct that amount, remit it to LHDN within the prescribed period, and inform You. Amounts deducted and remitted are treated as paid to You, and You may claim them as a credit against Your tax as the law allows. All Commission amounts in this Agreement are gross amounts before any deduction required by law.

13.6 e-Invoice. Where an e-Invoice is required for Commission payments under applicable LHDN e-Invoice requirements, You agree that We may issue a self-billed e-Invoice on Your behalf using the details in Clause 13.3, and You need not issue a separate invoice to Us. If You are yourself required to issue an e-Invoice, We will tell You, and the related payout may be deferred until a valid e-Invoice is received (the Commission stays in Your balance and is not forfeited).

13.7 You agree that We may disclose the details in Clause 13.3 and Commission records to LHDN to the extent required by law. We keep payout, Commission and tax records for 7 years from the end of the year to which they relate, under section 82 of the Income Tax Act 1967.

14. Amendments

14.1 We may amend this Agreement. Each version carries a terms_version. Material changes will be notified via dashboard/email at least 14 days before taking effect. Amendments do not reduce Commission already accrued before the amendment's effective date.

14.2 If You do not agree with an amendment, You may end Your participation at any time before the effective date by written notice (without waiting for the 14-day notice period in Clause 12.3), and valid accrued Commission is paid under Clause 12.5. Continuing participation after the effective date means acceptance. We may also ask You to accept the new version in the dashboard to keep earning commission.

14.3 Amendments that only benefit You (for example a shorter Holding Period, a higher Commission rate or looser payout terms) may take effect immediately without the 14-day notice and apply to all affiliates, including those who accepted an earlier version.

15. Acceptance

You accept this Agreement by ticking the consent checkbox in the dashboard and clicking "Apply to become an Affiliate". We record the terms_version, date and time of acceptance. This electronic contract is valid under the Electronic Commerce Act 2006.

16. Governing Law

This Agreement is governed by the laws of Malaysia. Disputes will first be resolved amicably; failing that, they are subject to the exclusive jurisdiction of the Malaysian courts. Where the BM and English versions differ in meaning, the BM version prevails.

17. General

No partnership, joint venture or employment is created. You may not assign this Agreement. If any clause is invalid, the rest remains in force. This is the entire agreement regarding the Programme.