Terma Perkhidmatan (Terms of Service) — SifuContent Skills
- terms_version:
v4 - Tarikh berkuat kuasa: 24 September 2026 (dikemas kini 3 November 2026)
- Pengendali: SDM Protech Supply (No. pendaftaran SSM: 002620810-V) ("Kami")
- Laman: dashboard.sifucontent.com · Hubungi: support@sifucontent.com · 017-396 5475 · alamat berdaftar SSM (atas permintaan)
Kemas kini v4 (3 November 2026): Fasal 3.10 ditambah: pembelian dari laman jualan ialah Pas Akses sekali bayar (RM49 untuk 30 hari atau RM190 untuk 365 hari) melalui FPX atau GrabPay, tanpa pembaharuan automatik; pembaharuan selepas itu ialah langganan kad dari dashboard. Fasal 3.5 dan 6.1 dikemas kini untuk merangkumi Pas Akses. Langganan sedia ada dan harganya tidak berubah. / v4 update (3 November 2026): Clause 3.10 added: a purchase on the sales page is a one-time Access Pass (RM49 for 30 days or RM190 for 365 days) paid by FPX or GrabPay, with no automatic renewal; renewal after that is a card subscription from the dashboard. Clauses 3.5 and 6.1 updated to cover the Access Pass. Existing subscriptions and their prices are unchanged.
Kemas kini 23 Oktober 2026: Percubaan percuma 48 jam dan bonus Pelan Tahunan semasa percubaan tidak lagi ditawarkan kepada akaun baharu, dan percubaan tidak lagi boleh dituntut daripada dashboard (Fasal 3.2, 3.5, 3.9, 4.1 dan 6.1). Percubaan yang telah diberi sebelum 23 Oktober 2026 berterusan sehingga tarikh tamat asalnya. Harga tidak berubah. / Update 23 October 2026: The 48-hour free trial and the Annual Plan trial bonus are no longer offered to new accounts, and a trial can no longer be claimed from the dashboard (Clauses 3.2, 3.5, 3.9, 4.1 and 6.1). Trials granted before 23 October 2026 run to their original end. Prices are unchanged.
Kemas kini v3 (19 Oktober 2026): Fasal 4.5, 5.1, 5.3, 5.4, 6.3 dan 9.2–9.5 ditambah (larangan eksport skill, pemantauan penggunaan, bahan sulit, penamatan tanpa refund atas pelanggaran serius). Bagi pelanggan sedia ada, perubahan ini berkuat kuasa pada 2 November 2026 (notis 14 hari, Fasal 11); bagi pendaftaran/pembayaran baharu, pada tarikh penerimaan. Larangan sedia ada dalam Fasal 5.2 dan 9.1 (dahulu Fasal 5 dan 9) terus terpakai seperti sebelum ini. / v3 update (19 October 2026): Clauses 4.5, 5.1, 5.3, 5.4, 6.3 and 9.2–9.5 added (no skill export, usage monitoring, confidential material, termination without refund for serious breach). For existing subscribers these changes take effect on 2 November 2026 (14 days' notice, Clause 11); for new sign-ups/payments, on acceptance. The existing prohibitions in Clauses 5.2 and 9.1 (formerly Clauses 5 and 9) continue to apply as before.
Terma ini khusus untuk SifuContent Skills dan berasingan daripada terma Seposen.ai. Versi BM adalah utama; versi English untuk rujukan. Jika bercanggah, versi BM terpakai. / These Terms apply to SifuContent Skills only and are separate from the Seposen.ai terms. The BM version prevails; the English version is for reference.
BAHAGIAN A — BAHASA MALAYSIA
1. Perkhidmatan
1.1 SifuContent Skills ialah pendaftaran (registry) skill pemasaran yang dihoskan, dihantar melalui satu connector peribadi (MCP) ke akaun AI Anda.
1.2 Perkhidmatan bergantung kepada platform AI pihak ketiga (contoh: ChatGPT, Claude). Kami tidak mengawal platform tersebut, sokongan connector/MCP, had, yuran atau perubahan mereka. Yuran platform AI adalah berasingan. Semak sokongan connector pada akaun Anda sebelum melanggan.
1.3 Output dijana oleh AI Anda. Anda wajib menyemak fakta dan meluluskan output sebelum digunakan. Kami tidak menjamin hasil jualan, prestasi iklan atau ketepatan output.
1.4 Kami boleh mengemas kini, menambah atau membuang skill dari semasa ke semasa.
2. Akaun
2.1 Anda mesti berumur 18 tahun ke atas dan memberi maklumat yang tepat.
2.2 URL connector anda adalah peribadi. Jangan kongsi. Anda bertanggungjawab atas semua penggunaan melalui akaun/connector Anda.
2.3 Satu langganan untuk satu orang pengguna sahaja; perkongsian akaun/kata laluan dengan orang lain adalah dilarang.
3. Langganan & Bayaran
3.1 Pelan: RM49/bulan atau RM190/tahun ("Pelan Tahunan"), dibayar melalui Stripe dalam Ringgit Malaysia. Pelanggan founding sedia ada kekal RM19/bulan selagi langganan mereka berterusan (tidak terputus) mengikut maksud dalam Fasal 3.8. Harga Pelan Tahunan dikunci seperti dalam Fasal 3.7.
3.2 Tiada percubaan percuma. Mulai 23 Oktober 2026, akaun baharu tidak menerima percubaan percuma dan percubaan tidak lagi boleh dituntut daripada dashboard; akses memerlukan langganan berbayar yang aktif. Percubaan percuma 48 jam yang telah diberi sebelum 23 Oktober 2026 berterusan sehingga tarikh tamat asalnya dengan skop yang sama (akses penuh kepada skill, connector dan Media, tidak termasuk Program Rujukan (affiliate) dan pembelian kredit imej). Bila percubaan itu tamat tanpa pelan berbayar, akses (connector, Media dan ciri berbayar) ditutup secara automatik; data akaun disimpan.
3.3 Langganan diperbaharui secara automatik setiap bulan/tahun sehingga dibatalkan.
3.4 Pembatalan boleh dibuat bila-bila masa melalui portal bil dalam dashboard. Akses berterusan sehingga akhir tempoh yang telah dibayar; tiada caj selepas itu.
3.5 Bila langganan atau Pas Akses (Fasal 3.10) tamat, connector berhenti menghantar skill secara automatik. Perkara yang sama terpakai bila percubaan percuma yang diberi sebelum 23 Oktober 2026 (Fasal 3.2) tamat.
3.6 Kami boleh mengubah harga dengan notis 30 hari; perubahan berkuat kuasa pada pembaharuan seterusnya. Perubahan harga hanya terpakai kepada langganan bulanan dan langganan baharu. Ia tidak terpakai kepada langganan yang dilindungi oleh Fasal 3.1 (harga founding) atau Fasal 3.7 (kunci harga Pelan Tahunan) selagi langganan itu berterusan.
3.7 Kunci harga Pelan Tahunan. Jika Anda melanggan Pelan Tahunan pada RM190/tahun, yuran Pelan Tahunan Anda kekal RM190 setahun pada setiap pembaharuan selagi langganan tahunan Anda berterusan (Fasal 3.8). Kunci ini juga terpakai kepada pelanggan Pelan Tahunan sedia ada pada tarikh Terma ini dikemas kini.
(a) Kunci ini meliputi yuran Pelan Tahunan sahaja. Ia tidak meliputi: kredit, top-up atau tambahan (add-on); ciri atau perkhidmatan baharu yang dijual secara berasingan, termasuk langganan add-on yang berasingan; cukai yang dikehendaki oleh undang-undang; dan yuran platform AI pihak ketiga (Fasal 1.2).
(b) Kunci ini tertakluk kepada sebarang perubahan yang dikehendaki oleh undang-undang.
(c) Kami tidak akan menggunakan Fasal 3.6 atau Fasal 11 untuk menarik balik kunci ini.
(d) Jika langganan tahunan Anda terputus, kunci ini tamat dan sebarang langganan baharu selepas itu dikenakan harga semasa.
3.8 Maksud "berterusan". Langganan adalah berterusan (tidak terputus) selagi ia diperbaharui pada setiap tarikh pembaharuan tanpa tamat. Langganan terputus jika: (a) ia dibatalkan dan tamat pada akhir tempoh yang telah dibayar (membatalkan pembatalan sebelum akhir tempoh itu mengekalkan langganan sebagai berterusan); (b) bayaran pembaharuan gagal dan tidak dijelaskan dalam tempoh tangguh 3 hari dari tarikh pembaharuan (bayaran yang berjaya dalam tempoh 3 hari itu mengekalkan langganan sebagai berterusan); atau (c) bagi Fasal 3.7, Anda menukar daripada Pelan Tahunan kepada pelan bulanan.
3.9 Bonus Pelan Tahunan semasa percubaan (tidak ditawarkan kepada akaun baharu). Bonus ini hanya terpakai kepada akaun yang percubaan percuma 48 jamnya diberi sebelum 23 Oktober 2026 (Fasal 3.2); akaun yang didaftarkan pada atau selepas tarikh itu tidak layak, dan bonus yang telah diberi kekal dihormati. Jika Anda membeli Pelan Tahunan sebelum percubaan percuma 48 jam akaun Anda tamat, Anda menerima satu (1) bulan tambahan secara percuma, iaitu 13 bulan akses untuk bayaran tahunan pertama RM190; tarikh pembaharuan pertama Anda dianjakkan satu bulan. Pembelian dikira bermula pada masa Anda memulakan pembayaran (checkout) Pelan Tahunan daripada dashboard, dengan syarat pembayaran itu berjaya. Bonus ini diberi sekali sahaja bagi setiap akaun, untuk tempoh tahunan pertama sahaja, dan tidak boleh ditukar kepada wang tunai, kredit atau dipindah milik. Pembelian selepas percubaan tamat dikenakan harga yang sama tanpa bonus.
3.10 Pas Akses (bayaran sekali). Pembelian yang dibuat dari laman jualan Friday ialah Pas Akses: RM49 untuk 30 hari atau RM190 untuk 365 hari, dibayar sekali melalui FPX atau GrabPay (Stripe). (a) Pas Akses memberi akses yang sama seperti langganan berbayar, termasuk Program Rujukan dan pembelian kredit imej. (b) Tempoh pas bermula bila pembayaran disambungkan ke akaun Friday Anda (selepas akaun dicipta), atau, jika Anda masih mempunyai pas yang berjalan, sebaik pas itu tamat. (c) Pas Akses tidak diperbaharui secara automatik dan tiada caj lanjut; Fasal 3.3, 3.4, 3.7 dan 3.8 tidak terpakai kepadanya. (d) Untuk terus menggunakan Friday, Anda boleh memulakan langganan kad (Fasal 3.1) daripada dashboard; jika dimulakan semasa pas masih berjalan lebih daripada 2 hari, caj pertama dibuat pada tarikh pas tamat dan langganan itu kemudiannya diperbaharui secara automatik (Fasal 3.3). (e) Jika bayaran pas direfund atau dipertikaikan (chargeback), hari pas itu ditarik balik. Fasal 4 (Polisi Refund) terpakai kepada Pas Akses.
4. Polisi Refund
4.1 Tiada refund am. Pembatalan tidak membawa refund untuk tempoh yang telah dibayar. Tiada percubaan percuma untuk akaun baharu (Fasal 3.2); sila semak maklumat produk dan sokongan connector pada akaun AI Anda (Fasal 1.2) sebelum membayar.
4.2 Refund hanya diberi dalam 3 keadaan:
(a) Ralat bil — caj berganda, atau caj yang berlaku selepas Anda telah membatalkan;
(b) Perkhidmatan tidak tersedia lebih 72 jam berturut-turut disebabkan kesalahan Kami;
(c) Perkhidmatan dihentikan oleh Kami — refund pro-rata untuk tempoh yang belum digunakan.
4.3 Permohonan refund: emel support@sifucontent.com dalam 14 hari dari tarikh caj berkenaan.
4.4 Polisi ini tidak menjejaskan hak Anda di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 setakat mana ia terpakai.
4.5 Akaun yang ditamatkan kerana pelanggaran serius tertakluk kepada Fasal 9.4.
5. Penggunaan Yang Dibenarkan
5.1 Skill digunakan di dalam perkhidmatan sahaja: dimuatkan melalui connector Anda ke dalam akaun AI Anda, untuk menghasilkan kerja pemasaran bagi perniagaan Anda sendiri.
5.2 Anda tidak boleh: (a) berkongsi, menjual atau menyalin skill, playbook atau references secara pukal; (b) membina produk pesaing menggunakan kandungan Kami; (c) cuba memintas kawalan akses, reverse-engineer atau menyerang sistem; (d) menggunakan perkhidmatan untuk kandungan yang menyalahi undang-undang, menipu, atau tuntutan kesihatan/pendapatan palsu; (e) menyalahgunakan sistem (penggunaan automatik berlebihan).
5.3 Larangan eksport. Tanpa had kepada Fasal 5.2, Anda tidak boleh, sama ada sendiri atau melalui AI, agent, skrip atau orang lain: (a) mengekstrak, mengeksport, memuat turun secara pukal, menyalin keluar atau menyimpan teks skill, playbook atau references (termasuk sebagai fail seperti SKILL.md, prompt, dokumen atau zip); (b) memuatkan skill secara pukal atau berturut-turut bagi tujuan mengumpul kandungannya dan bukan untuk satu kerja pemasaran; (c) memasang, mengimport, mengehos semula atau menggunakan skill, playbook atau references dalam platform, agent, GPT, project, workspace atau alat lain di luar connector Anda; (d) reverse-engineer, membina semula atau meniru struktur, susunan atau kandungan skill; atau (e) memberi atau mendedahkan kandungan tersebut kepada pihak lain. Output pemasaran yang dijana untuk perniagaan Anda (Fasal 6.2) tidak termasuk dalam larangan ini.
5.4 Pemantauan. Kami memantau corak penggunaan connector (contoh: bilangan, kekerapan dan masa skill/references dimuatkan, dan teks arahan yang dihantar bersama permintaan muat skill) untuk mengesan pelanggaran Fasal 5.2 dan 5.3, mengikut Polisi Privasi. Kami boleh mengehadkan atau menolak permintaan muat secara automatik bila corak tersebut dikesan.
6. Harta Intelek
6.1 Skill, playbook, references dan perisian adalah milik Kami, dilesenkan kepada Anda secara terhad dan tidak boleh dipindah milik sepanjang langganan atau Pas Akses (Fasal 3.10) aktif, atau sepanjang percubaan aktif yang diberi sebelum 23 Oktober 2026 (Fasal 3.2).
6.2 Kandungan yang Anda masukkan dan output untuk perniagaan Anda adalah milik Anda. Anda memberi Kami lesen untuk memproses kandungan tersebut bagi menyediakan perkhidmatan.
6.3 Bahan sulit. Skill, playbook, references, serta struktur dan susunan kandungannya ialah bahan proprietari dan sulit milik Kami. Ia didedahkan kepada Anda hanya untuk digunakan dalam perkhidmatan, dan kewajipan menjaga kerahsiaannya berterusan selepas langganan tamat. Lesen di bawah Fasal 6.1 adalah peribadi, tidak eksklusif dan tidak boleh dilesenkan semula; tiada hak lain diberi.
7. Program Rujukan (Affiliate)
7.1 Kami menjalankan program rujukan. Jika Anda mendaftar melalui link rujukan (?ref=), Kami merekodkan rujukan tersebut dan mungkin membayar komisen kepada affiliate yang merujuk Anda.
7.1a Cara atribusi: selagi Anda belum membuat bayaran, klik lewat pada link rujukan affiliate lain (dalam tempoh 60 hari) akan menggantikan rujukan terdahulu. Sebaik Anda menjadi pelanggan berbayar, rujukan dikunci secara kekal kepada affiliate yang merujuk Anda pada masa bayaran pertama — klik kemudian pada link affiliate lain tidak akan mengubahnya. Jika Anda membatalkan dan melanggan semula kemudian, tiada affiliate baharu memperoleh komisen bagi langganan semula itu.
7.2 Ini tidak melibatkan sebarang diskaun dan tidak mengubah harga Anda.
7.3 Affiliate tidak menerima data peribadi Anda — hanya rujukan pseudonim. Lihat Polisi Privasi.
7.4 Affiliate adalah pihak bebas; kenyataan mereka bukan kenyataan Kami. Harga dan ciri rasmi hanya seperti di laman Kami. Affiliate diwajibkan mendedahkan dengan jelas bahawa mereka menerima komisen.
8. Had Liabiliti
8.1 Perkhidmatan disediakan "seadanya". Kami tidak menjamin ia bebas gangguan atau ralat, terutamanya bila bergantung kepada platform AI pihak ketiga.
8.2 Setakat dibenarkan undang-undang, jumlah liabiliti Kami terhad kepada yuran yang Anda bayar dalam 12 bulan sebelum tuntutan. Kami tidak bertanggungjawab atas kerugian tidak langsung, kehilangan keuntungan atau hasil iklan.
9. Penamatan
9.1 Kami boleh menggantung atau menamatkan akaun Anda atas pelanggaran Terma ini.
9.2 Pelanggaran serius ialah: perkongsian akaun atau connector (Fasal 2.2, 2.3), atau pelanggaran Fasal 5.2(a)–(c) atau Fasal 5.3 (penyalinan, eksport atau pemasangan kandungan di luar perkhidmatan), termasuk cubaan berbuat demikian.
9.3 Jika Kami mendapati pelanggaran serius berdasarkan rekod penggunaan atau bukti lain yang munasabah, Kami boleh menggantung akses serta-merta, dan kemudian menamatkan akaun Anda dengan notis bertulis melalui emel yang menyatakan sebab penamatan. Anda boleh membalas notis penggantungan dalam 7 hari untuk memberi penjelasan; Kami akan menimbangnya dengan suci hati sebelum membuat keputusan muktamad.
9.4 Bila akaun ditamatkan di bawah Fasal 9.3: (a) tiada refund diberi bagi baki tempoh langganan yang telah dibayar, memandangkan nilai kandungan sulit yang telah diakses dan kerugian yang sukar dikira akibat penyalinannya; (b) Anda tidak boleh mendaftar semula tanpa kebenaran bertulis Kami; dan (c) Anda wajib memadam semua salinan skill, playbook dan references yang dibuat. Kami juga berhak mengambil remedi lain di sisi undang-undang, termasuk tuntutan ganti rugi dan injunksi.
9.5 Fasal ini tidak menjejaskan hak Anda di bawah undang-undang yang tidak boleh dikecualikan, termasuk Akta Perlindungan Pengguna 1999 setakat mana ia terpakai.
10. Undang-undang Terpakai
Ditadbir oleh undang-undang Malaysia; tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia. Jika versi BM dan English berbeza maksud, versi BM diguna pakai. Pengguna juga boleh merujuk ke Tribunal Tuntutan Pengguna mengikut hak mereka.
11. Perubahan
Kami boleh mengemas kini Terma ini. Perubahan material dimaklumkan melalui emel/dashboard 14 hari sebelum berkuat kuasa. Meneruskan penggunaan selepas itu bermaksud penerimaan. Perubahan yang memberi manfaat kepada Anda (contoh: kunci harga atau bonus) boleh berkuat kuasa serta-merta. Pindaan Terma ini tidak menarik balik perlindungan harga di bawah Fasal 3.1 atau Fasal 3.7 bagi langganan yang sedang berterusan.
PART B — ENGLISH
1. Service
1.1 SifuContent Skills is a hosted registry of marketing skills delivered through one personal connector (MCP) to Your AI account.
1.2 The service depends on third-party AI platforms (e.g. ChatGPT, Claude). We do not control those platforms, their connector/MCP support, limits, fees or changes. AI platform fees are separate. Check connector support on Your account before subscribing.
1.3 Output is generated by Your AI. You must check facts and approve output before use. We do not guarantee sales, ad performance or output accuracy.
1.4 We may update, add or remove skills from time to time.
2. Account
2.1 You must be 18+ and provide accurate information.
2.2 Your connector URL is personal. Do not share it. You are responsible for all use through Your account/connector.
2.3 One subscription per individual user only; sharing an account/password with another person is prohibited.
3. Subscription & Billing
3.1 Plans: RM49/month or RM190/year (the "Annual Plan"), billed via Stripe in Malaysian Ringgit. Existing founding subscribers keep RM19/month while their subscription is continuous (unbroken) as defined in Clause 3.8. The Annual Plan price is locked as set out in Clause 3.7.
3.2 No free trial. From 23 October 2026, new accounts do not get a free trial and a trial can no longer be claimed from the dashboard; access requires an active paid subscription. A 48-hour free trial granted before 23 October 2026 runs to its original end with the same scope (full access to skills, the connector and Media, excluding the Referral (affiliate) Programme and buying image credits). When that trial ends without a paid plan, access (connector, Media and paid features) closes automatically; account data is kept.
3.3 Subscriptions auto-renew monthly/annually until cancelled.
3.4 You may cancel anytime via the billing portal in the dashboard. Access continues until the end of the paid period; no further charges.
3.5 When a subscription or an Access Pass (Clause 3.10) ends, the connector stops serving skills automatically. The same applies when a free trial granted before 23 October 2026 (Clause 3.2) ends.
3.6 We may change prices with 30 days' notice, effective at Your next renewal. Price changes apply only to monthly subscriptions and new subscriptions. They do not apply to subscriptions protected by Clause 3.1 (founding price) or Clause 3.7 (Annual Plan price lock) while that subscription is continuous.
3.7 Annual Plan price lock. If You subscribe to the Annual Plan at RM190/year, Your Annual Plan fee stays RM190 per year at every renewal for as long as Your annual subscription is continuous (Clause 3.8). This lock also applies to existing Annual Plan subscribers on the date these Terms are updated.
(a) The lock covers the Annual Plan fee only. It does not cover: credits, top-ups or add-ons; new features or services sold separately, including separate add-on subscriptions; taxes required by law; and third-party AI platform fees (Clause 1.2).
(b) The lock is subject to any change required by law.
(c) We will not use Clause 3.6 or Clause 11 to withdraw this lock.
(d) If Your annual subscription is broken, the lock ends and any new subscription afterwards is charged at the then-current price.
3.8 Meaning of "continuous". A subscription is continuous (unbroken) while it renews on each renewal date without ending. A subscription is broken if: (a) it is cancelled and ends at the end of the paid period (undoing the cancellation before that period ends keeps it continuous); (b) a renewal payment fails and is not settled within a 3-day grace period from the renewal date (a successful payment within those 3 days keeps it continuous); or (c) for Clause 3.7, You switch from the Annual Plan to a monthly plan.
3.9 Annual Plan bonus during the trial (not offered to new accounts). This bonus applies only to an account whose 48-hour free trial was granted before 23 October 2026 (Clause 3.2); accounts registered on or after that date are not eligible, and bonuses already given are honoured. If You buy the Annual Plan before Your account's 48-hour free trial ends, You receive one (1) extra month free, i.e. 13 months of access for the first annual payment of RM190; Your first renewal date moves one month later. A purchase counts from the time You start the Annual Plan payment (checkout) from the dashboard, provided that payment succeeds. The bonus is given once per account, for the first annual period only, and cannot be exchanged for cash or credit or transferred. A purchase after the trial ends is charged the same price without the bonus.
3.10 Access Pass (one-time payment). A purchase made on the Friday sales page is an Access Pass: RM49 for 30 days or RM190 for 365 days, paid once by FPX or GrabPay (Stripe). (a) An Access Pass gives the same access as a paid subscription, including the Referral Programme and buying image credits. (b) The pass period starts when the payment is linked to Your Friday account (after the account is created) or, if You still have a pass running, as soon as that pass ends. (c) An Access Pass does not renew automatically and carries no further charges; Clauses 3.3, 3.4, 3.7 and 3.8 do not apply to it. (d) To keep using Friday You may start a card subscription (Clause 3.1) from the dashboard; if started while the pass has more than 2 days left, the first charge is made on the date the pass ends and the subscription then auto-renews (Clause 3.3). (e) If a pass payment is refunded or disputed (chargeback), that pass's days are withdrawn. Clause 4 (Refund Policy) applies to an Access Pass.
4. Refund Policy
4.1 No general refunds. Cancelling does not refund the period already paid. There is no free trial for new accounts (Clause 3.2); please check the product information and connector support on Your AI account (Clause 1.2) before paying.
4.2 Refunds are given only in 3 cases:
(a) Billing error — a duplicate charge, or a charge made after You had already cancelled;
(b) Service unavailable for more than 72 continuous hours due to Our fault;
(c) Service discontinued by Us — pro-rata refund for the unused period.
4.3 To request a refund, email support@sifucontent.com within 14 days of the charge.
4.4 This policy does not affect Your rights under the Consumer Protection Act 1999 to the extent they apply.
4.5 An account terminated for a serious breach is subject to Clause 9.4.
5. Acceptable Use
5.1 Skills are used inside the service only: loaded through Your connector into Your AI account, to produce marketing work for Your own business.
5.2 You must not: (a) share, resell or bulk-copy skills, playbooks or references; (b) build a competing product with Our content; (c) bypass access controls, reverse-engineer or attack the system; (d) use the service for unlawful or deceptive content, or false health/income claims; (e) abuse the system (excessive automated use).
5.3 No export. Without limiting Clause 5.2, You must not, yourself or through an AI, agent, script or another person: (a) extract, export, bulk-download, copy out or store the text of skills, playbooks or references (including as files such as SKILL.md, prompts, documents or zips); (b) load skills in bulk or in succession to collect their content rather than for a marketing task; (c) install, import, re-host or use skills, playbooks or references in any platform, agent, GPT, project, workspace or tool outside Your connector; (d) reverse-engineer, reconstruct or imitate the structure, arrangement or content of the skills; or (e) give or disclose that content to anyone else. Marketing output generated for Your business (Clause 6.2) is not covered by this prohibition.
5.4 Monitoring. We monitor connector usage patterns (e.g. the number, frequency and timing of skill/reference loads, and the instruction text sent with a skill-load request) to detect breaches of Clauses 5.2 and 5.3, in line with the Privacy Policy. We may automatically limit or refuse load requests when such patterns are detected.
6. Intellectual Property
6.1 Skills, playbooks, references and software are Ours, licensed to You on a limited, non-transferable basis while Your subscription or Access Pass (Clause 3.10) is active, or while a trial granted before 23 October 2026 (Clause 3.2) is active.
6.2 Content You input and output for Your business is Yours. You grant Us a licence to process it to provide the service.
6.3 Confidential material. Skills, playbooks, references, and the structure and arrangement of their content, are Our proprietary and confidential material. They are disclosed to You only for use inside the service, and the duty to keep them confidential continues after Your subscription ends. The licence under Clause 6.1 is personal, non-exclusive and non-sublicensable; no other rights are granted.
7. Referral (Affiliate) Programme
7.1 We run a referral programme. If You sign up via a referral link (?ref=), We record that referral and may pay a commission to the referring affiliate.
7.1a How attribution works: while You have not yet paid, a later click on another affiliate's referral link (within the 60-day window) replaces the earlier referral. Once You become a paying subscriber, the referral is permanently locked to the affiliate who referred You at the time of Your first payment — later clicks on other affiliates' links will not change it. If You cancel and later resubscribe, no new affiliate earns commission on that resubscription.
7.2 This involves no discount and does not change Your price.
7.3 Affiliates do not receive Your personal data — only a pseudonymous reference. See the Privacy Policy.
7.4 Affiliates are independent; their statements are not Ours. Official pricing and features are only as stated on Our site. Affiliates are required to clearly disclose that they earn a commission.
8. Limitation of Liability
8.1 The service is provided "as is". We do not guarantee it is uninterrupted or error-free, especially given its dependence on third-party AI platforms.
8.2 To the extent permitted by law, Our total liability is limited to the fees You paid in the 12 months before the claim. We are not liable for indirect loss, lost profit or ad results.
9. Termination
9.1 We may suspend or terminate Your account for breach of these Terms.
9.2 A serious breach is: sharing an account or connector (Clauses 2.2, 2.3), or a breach of Clause 5.2(a)–(c) or Clause 5.3 (copying, exporting or installing content outside the service), including an attempt to do so.
9.3 If We find a serious breach based on usage records or other reasonable evidence, We may suspend access immediately, and then terminate Your account by written notice by email stating the reason. You may reply to the suspension notice within 7 days with an explanation; We will consider it in good faith before making a final decision.
9.4 When an account is terminated under Clause 9.3: (a) no refund is given for the remaining paid subscription period, given the value of the confidential content already accessed and the loss from its copying, which is hard to quantify; (b) You may not sign up again without Our written permission; and (c) You must delete all copies of skills, playbooks and references You made. We may also pursue other remedies available at law, including damages and an injunction.
9.5 This clause does not affect Your rights under laws that cannot be excluded, including the Consumer Protection Act 1999 to the extent it applies.
10. Governing Law
Governed by the laws of Malaysia; subject to the exclusive jurisdiction of the Malaysian courts. Where the BM and English versions differ in meaning, the BM version prevails. Consumers may also use the Tribunal for Consumer Claims where applicable.
11. Changes
We may update these Terms. Material changes are notified by email/dashboard 14 days before taking effect. Continued use afterwards means acceptance. Changes that benefit You (e.g. a price lock or a bonus) may take effect immediately. Amendments to these Terms do not withdraw the price protection under Clause 3.1 or Clause 3.7 for a subscription that is continuous.